15 Disember 2024 – Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Nerus telah menerima panggilan kecemasan kebakaran rumah pada jam 1.40 pagi di alamat E7, Rumah Awam Kos Rendah, Batu Rakit, Kuala Nerus
PKPgB Azmi bin Omar selaku Komander Operasi memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal dengan anggaran keluasan 40 x 35 kaki yang terbakar 25% di bahagian bilik . Tiada mangsa dilaporkan. Pemadaman juga turut dibantu Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Terengganu
#Seeratserasasehatisejiwa#sediamenyelamat#MalaysiaMadani#jbpmnegeriterengganu


