05.01.2024 Jumaat – Balai Bomba dan Penyelamat Dungun telah menerima panggilan kecemasan mangsa disyaki lemas pada jam 5.13 petang di alamat Jalan Pantai, Kg. Rantau Abang.Pencarian mangsa telah dilakukan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Dungun dengan bantuan pasukan PPDA daripada Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Terengganu dan Balai Bomba Dan Penyelamat Chukai.Laporan Komander Operasi, PKPgB Sharizal bin Shamsudin melaporkan telah menerima panggilan mengatakan mangsa mandi seramai 4 orang dan salah seorang mangsa disyaki lemas. Pencarian membuahkan hasil apabila mangsa telah dijumpai pada jam 6.10 petang pada kedalaman 4 meter namun telah disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis.
#sediamenyelamat#BombaTheBest#MalaysiaMadani#jbpmnegeriterengganu