YS PPjB Md Hilman bin Abd Rashid Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu telah menerima kunjungan hormat dari YAS Dato’ Edwin Galan Teruki, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JBPM. Turut menyerikan lagi majlis dengan kehadiran YS PKPjB Md Ali Bin Ismail Pengarah Bahagian Latihan JBPM, Komandan Wilayah Timur, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Terengganu, pegawai – pegawai kanan ibu pejabat JBPM, pegawai-pegawai kanan JBPM Negeri Terengganu, dan pegawai dari Fram Wilayah Timur. Pertandingan ini diadakan bagi memupuk semangat budaya sukan di kalangan anggota bomba dan ianya juga sebagai pemilihan pemain untuk pertandingan Piala YAS Ketua Pengarah JBPM yang akan diadakan tidak lama lagi.
BOMBA TERENGGANU TERENGGANU