Shah Alam, 6 September 2023 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor hadir ke Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam bagi Program Kunjungan Hormat ke atas YBhg. Dr Nor Fuad bin Abdul Hamid, Datuk Bandar Shah Alam.
Turut hadir PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah, PgKB I Ahmad Mukhlis bin Mukhtar, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat dan PgKB I Farid Asyhadi bin Assa’ad, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, JBPM Negeri Selangor.
Kunjungan Hormat ini bagi memperkenalkan Pengurusan Tertinggi yang baru serta bertukar-tukar pandangan dalam aspek keselamatan kebakaran dan kempen yang telah dirancang bersama rakan strategik dengan JBPM Selangor.
YS Pengarah sempat menyampaikan cenderhati dan bergambar kenangan bersama-sama.