WhatsApp Image 2024 04 24 at 10.35.58 AM

YB MENTERI KPKT SINGGAH BAGI MENYEMPURNAKAN PROGRAM PENUBUHAN BOMBA KOMUNITI DAN PEMBERIAN GERAN BOMBA SUKARELA KAWASAN HULU SELANGOR

KUALA KUBU BHARU, 17 April 2024 – YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri, KPKT bersama rombongan hadir ke Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu bagi menyempurnakan program dan menyampaikan Sijil Penubuhan kepada 5 Pasukan Bomba Komuniti di Kawasan Kuala Kubu Bharu dan menyerahkan Geran Bomba Sukarela berjumlah RM10,000.00 kepada Pasukan Bomba Sukarela kawasan Kuala Kubu Bharu.

Ketibaan YB Menteri disambut oleh YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM bersama YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, Ketua Zon 6, Ketua Balai BBP Kuala Kubu Bharu, serta Pegawai-pegawai kanan JBPM Negeri Selangor.

YB Menteri sempat meluangkan masa bersama rombongan melihat suasana dan keadaan balai. YB Menteri juga mengambil kesempatan beramah mesra dan bergambar kenangan bersama rombongan dan pegawai yang hadir serta Pasukan Bomba Komuniti dan Pasukan Bomba Sukarela sebelum bergerak ke program yang lain.

English EN Malay MS
Skip to content