02 April 2024
Lokasi Kedua : BBP Dengkil
YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah sudi meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra bersama anggota bertugas di BBP Dengkil. Pada majlis ini beliau turut meluangkan masa untuk bersahur bersama-sama anggota bertugas.
Hadir bersama YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YS PPjB Azmi bin Sadon, Pengarah Bahagian Korporat dan pegawai kanan ibu pejabat.
Turut hadir adalah YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor bersama-sama PPON Selangor dan Ketua Zon 5 Selangor.