26/6/2021 – Program Vaksinasi On The Go bersepadu kerjasama diantara JBPM Selangor, JKNS, dan PDRM telah diadakan. Dianggarkan sejumlah 1000 suntikan vaksinasi akan diberikan kepada anggota dari agensi PGA dan JBPM Selangor dimana jumlah anggota dari JBPM Selangor adalah seramai 137 org.
Melalui arahan yg diterima, JBPM juga dipertanggungjawabkan untuk membantu dari segi kesiapsiagaan logistik dan tenaga manusia bagi melancarkan program pada kali ini.
Di peringkat agensi, JBPM Selangor telah menyediakan. 1 unit Bas Pameran Bomba utk dijadikan pusat vaksinasi dan 1 unit EMRS turut ditempatkan dilokasi bg membantu pihak JKNS. Selain itu, seramai 9 org petugas dari JBPM Selangor bersiap sedia bagi membantu dari aspek pengurusan pendaftaran semasa sesi vaksinasi dilakukan. Program dilaksanakan dengan mematuhi SOP dan Arahan yang telah ditetapkan.
Setinggi penghargaan kepada JBPM Kuala Lumpur diatas Kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program tersebut.