Program Santai Sahur dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ke BBP Pandan Indah pada 30 Mac 2024 jam 12.15 pagi. Rombongan diketuai oleh Dato’ Che Ruslan b Che Daud, Ketua Pengarah JPNIN bersama rombongan motosikal berkuasa tinggi sebanyak 60 unit.
Program santai ini bertujuan mengeratkan silaturrahim antara jabatan sempena penyampaian sumbangan juadah bersahur dengan anggota bertugas. Rombongan ini disambut oleh Ketua Zon 4, PgKB I SHAHRIN YUSMAR BIN MAT YUSOF dan anggota bertugas dari pasukan C.
