KLANG, 18 Oktober 2023 – PERISMA JBPM Negeri Selangor telah mengadakan program lawatan ilmiah ke Istana Alam Shah, Selangor. Antara yang dilawati adalah Masjid Istana Diraja, sekitar Istana Alam Shah, Galeri Bola Sepak & Galeri Automobil Diraja. Seramai 50 pegawai hadir sertai lawatan ini termasuk YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Puan Nik Fadzilah binti Nik Mohamed Tahir, Pengerusi, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor (PERISMA), YS PKPjB Dato’ Norazam bin Khamis, Pengarah Latihan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Isteri serta Pegawai Kanan JBPM Negeri Selangor dan ahli-ahli Perisma.
YBhg. Datin Sri Nor Latifah binti Jaafar, Yang Di-Pertua PERISMA Kebangsaan turut hadir memeriahkan program lawatan tersebut.
Program ini dianjurkan bertujuan untuk mengetahui serta pengembangan ilmu kepada pegawai bomba berkaitan sejarah Kesultanan Selangor disamping mengeratkan ukhwah dan perpaduan serta hubungan silaturahim dikalangan ahli-ahli PERISMA Selangor.