SHAH ALAM, 11 Julai 2023 – PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, YS Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan Program Kunjungan Hormat Ke Pejabat SS Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Program ini bagi memperkenalkan Pengurusan Tertinggi yang baru disamping bertukar-tukar pandangan dalam Aspek Keselamatan Kebakaran, Pengurusan Surau dan Mussalla di JBPM Negeri Selangor.
PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah bersama PgKB II Bukhari bin Ahmad selaku Biro Agama dan Pegawai Unit Perhubungan Awam JBPM Negeri Selangor juga turut hadir program pada kali ini.
YS Pengarah JBPM Negeri Selangor juga turut menyampaikan cenderhati dan bergambar bersama SS Dato’ Hj Mohd Shahzihan bin Ahmad.