Tarikh : 15.03.2024
Masa : 6.30 petang
Tempat : Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor
YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor bersama-sama warga kerja JBPM Negeri Selangor dan PERISMA Selangor bersama-sama memeriahkan Program Iftar JBPM Negeri Selangor yang telah diadakan di Dewan Bakawali Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor.
Majlis ini dimulakan dengan slot Ceramah Ramadan. Turut diadakan bacaan tahlil dan solat sunat tarawih.
