Program Hari Keluarga JBPM Negeri Selangor telah diadakan bertempat di Huda’s Haven Kg Ulu Rening, Batang Kali yang dihoskan oleh Bhgn Latihan Selangor. Program silaturahim ini turut hadir sama YS PKPjB Norazam bin Khamis, Pengarah Selangor bersama Pengerusi PERISMA Selangor, Puan A. Rosmainey binti Basri dan Timbalan Pengarah Bomba Selangor, PPjB Wan Md Razali bin Hj Wan Ismail bersama isteri bagi memeriahkan program. Antara pengisian program ini adalah mengadakan sukaneka diantara kanak-kanak, para isteri dan pegawai Bomba yang hadir.Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program seperti ini diteruskan pada tahun-tahun mendatang bagi mengeratkan silaturahim diantara pengurusan tertinggi JBPM Selangor dengan warga kerja Bomba SelangorSekian Terima Kasih

