KLANG, 14 Oktober 2023 – Pejabat Zon 3SL Klang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor bersama Persatuan Isteri & Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor (PERISMA) telah menganjurkan “Pertandingan Memancing Beragam 2023” bertempat di Kolam Sri Tanjung, Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang sempena Hari Sukan Negara.
Pertandingan yang bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari dengan Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, JBPM Negeri Selangor dan Isteri, Puan Nik Fadzilah binti Nik Mohamed Tahir, Pengerusi PERISMA, JBPM Negeri Selangor.
Turut hadir memeriahkan acara pertandingan adalah Ketua Zon 3SL Klang, Ketua Balai, BBP Pelabuhan Klang, Wakil-wakil Bahagian, Zon dan Balai serta para peserta yang menyertai pertandingan memancing pada kali ini.
“TAHNIAH & SYABAS KEPADA SEMUA PEMENANG”