PBUKIT JELUTONG, 27 November 2024 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor menyempurnakan majlis ringkas bersama Pasukan Bomba Selangor bagi menyertai Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Pengarah yang akan bermula 29 November hingga 1 Disember 2024 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bharu.
Pengarah juga turut memberikan ucapan dan amanat serta kata-kata semangat buat pasukan sebelum mereka bergerak ke lokasi kejohanan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bharu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi juga turut hadir mengiringi Pengarah pada majlis tersebut dan bergambar bersama-sama pasukan.
“PERGI BAWA HARAPAN BALIK BAWA KEJAYAAN”