8 Mac 2022 – Majlis Perhimpunan Bulanan (Bulan Mac) telah diadakan di Dewan Cemerlang JBPM Negeri Selangor yang dihoskan oleh Bahagian Latihan. Majlis diadakan secara hibrib dan disertai oleh semua Bahagian, Zon dan balai- balai bomba Selangor. Turut diadakan Majlis Penyerahan Cek Persatuan Kebajikan JBPM dan Sumbangan Barang Sekolah daripada Forces of Love Educare kepada mangsa banjir Monsun Timur Laut Disember 2021 yang lalu oleh YS PKPjB Norazam bin Khamis, Pengarah JBPM Negeri Selangor bersama PPjB Wan Md Razali bin Hj. Wan Ismail, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Selangor

