Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor bersama Syarikat Central Spectrum (Malaysia) Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Perasmian Pengoperasian Fire Post Pulau Indah yang dirasmikan oleh YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah JBPM. Turut hadir sama YS PKPjB Norazam bin Khamis, Pengarah, JBPM Negeri Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, YB Azmizam bin Zaman Huri, Ketua Eksekutif, Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. dan Pengurusan tertinggi JBPM bagi menjayakan majlis.

