Shah Alam, 27 Ogos 2024 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor telah hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan Kali Keenam Majlis Bandaraya Shah Alam Tahun 2024 yang diadakan di Dewan Auditorium MBSA.
Pada majlis ini, telah diadakan sesi penyerahan Sijil Perakuan Bomba kepada Majlis Bandaraya Shah Alam. MBSA merupakan PBT pertama di Negeri Selangor yang menerima sijil Perakuan Bomba.
Sijil Perakuan Bomba ini telah disampaikan oleh Pengarah JBPM Negeri Selangor kepada YBhg Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim, Datuk Bandar Shah Alam.
Turut hadir adalah PgKB I Farid Asyhadi bin Assa’ad, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Selangor dan pegawai-pegawai JBPM Negeri Selangor.
Media Selangor
Majlis Bandaraya Shah Alam