Cyberjaya, 27 Ogos 2024 – Dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan, Jabatan Penerangan Malaysia telah memilih Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya sebagai salah sebuah agensi untuk penyerahan Kit Jalur Gemilang.
Yang Berusaha Encik Muhammad Najmi Mustapha, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia telah berbesar hati untuk menyerahkan Kit Jalur Gemilang kepada PKPgB Mohamad Razi bin Abdul Muttalib, Ketua Balai BBP Cyberjaya.
Selain penyerahan Kit Jalur Gemilang, turut diadakan pemasangan Jalur Gemilang disekitar BBP Cyberjaya bersama-sama pegawai bomba BBP Cyberjaya dan kakitangan Penerangan Malaysia. Turut dipasang Jalur Gemilang adalah pada jentera dan kenderaan utiliti milik BBP Cyberjaya
Majlis penyerahan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran kanak-kanak cilik dari Tadika Little Reflisia Cyberjaya. Encik Najmi Mustapha dan Tuan Mohammad Razi telah meluangkan masa beramah mesra bersama kanak-kanak tadika tersebut dengan menyerahkan Jalur Gemilang kepada kanak-kanak cilik tersebut.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Unit Fotografi, Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Penerangan Negeri Selangor
Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya