WhatsApp Image 2024 04 24 at 10.33.47 AM

NAZIRAN PERJAWATAN JBPM NEGERI SELANGOR

Bukit Jelutong, 16 April 2024 – Satu Naziran Perjawatan telah berlangsung melibatkan wakil-wakil daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Naziran ini berlangsung selama tiga hari bermula 16 April 2024 dan akan berakhir pada 18 April 2024.

Majlis pembukaan Naziran telah diadakan di Bilik Mesyuarat Dahlia, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor dan dipengerusikan oleh YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, JBPM Negeri Selangor.

Beberapa lokasi akan dilawati oleh urusetia naziran antaranya Bahagian-bahagian di Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor, BBP Banting, BBP Shah Alam, BBP Pulau Indah dan pejabat-pejabat zon.

English EN Malay MS
Skip to content