Kota Bharu: Trak makanan ‘Fire Kitchen Abang Bomba’ antara yang menarik perhatian pengunjung sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) edisi Kelantan, di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini.
Trak makanan yang dibawa khas oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor ini menjual mi goreng, kuetiau goreng dan bihun goreng pada harga sangat murah iaitu hanya 50 sen sebungkus.
Penolong Kanan Penguasa JBPM Selangor Shahril Muhammad Hassan berkata, ‘Fire Kitchen Abang Bomba’ diadakan sebagai usaha kerja amal kepada orang ramai dengan menjual makanan pada harga murah.
