4.10.2024: YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan perjumpaan bersama Warga KPKT pada petang ini di Dewan Kristal, KPKT.
Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan berkonsepkan ‘mode’ penerbangan dan diselaraskan oleh Bahagian Udara, JBPM.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM, Pengurusan Tertinggi KPKT dan JBPM, tetamu jemputan serta warga kerja KPKT dan JBPM.