SHAH ALAM, 23 Jun 2023 – Bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam dan Pemimpin Masyarakat bersama YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.
YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor bersama Penolong-Penolong Pengarah Bahagian dan Ketua Balai, BBP Shah Alam turut hadir bagi mendengar amanat YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dalam sesi ucapan semasa majlis tersebut.