SHAH ALAM, 29 Mei 2024 – Bertempat di Auditorium Performing Art Theatre, Management & Science University (MSU) telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Mei 2024 yang disempurnakan oleh YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor.
Majlis Dimulakan dengan Ketibaan YBrs. PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah menerima Tabik Hormat, diikuti ketibaan YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah menerima tabik Hormat dan seterusnya membuat pemeriksaan Kawalan Kehormatan Suku di Dataran U Square, MSU.
YS Pengarah diiringi Pengurusan Tertinggi JBPM Negeri Selangor ke Pentas Utama Auditorium Art Theatre (MSU) untuk meneruskan Majlis Perhimpunan Bulanan (Bulan Mei 2024).
Majlis diserikan dengan ucapan dan Penyampaian Sijil Penarafan Bintang Peringkat Negeri kepada Bahagian,Zon & Balai yang berjaya memberikan sumbangan bakti kepada jabatan, Pemakaian Tanda Pangkat Pegawai GRED KB22 serta Pemakaian Tanda Pangkat Pegawai Teknikal Negeri (Guru Kadet Bomba).
YS Pengarah JBPM Negeri Selangor juga turut menyempurnakan Gimik Pelancaran Gotong-Royong EKSA peringkat negeri .
Majlis diserikan lagi dengan sesi bergambar semua pegawai JBPM Negeri Selangor yang hadir.