BUKIT JELUTONG, 14 Februari 2025 – Majlis Perbarisan Tahunan Tahun 2025 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor yang disempurnakan oleh PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor telah selesai diadakan pada pagi Jumaat ini.
Majlis tersebut merupakan program tahunan jabatan yang diadakan setiap awal tahun telah dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi JBPM Negeri Selangor , Ketua-ketua Zon , Ketua-ketua Balai serta warga kerja JBPM Negeri Selangor.
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu dan pemeriksaan Perbarisan Kehormat oleh Pengarah di Perkarangan Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor seterusnya ke Dewan Bakawali untuk meneruskan acara.
Majlis dimulakan dengan lafaz ikrar Integriti Malaysia dan ucapan perutusan YAS Ketua Pengarah JBPM. Pengarah turut memberikan kata-kata positif kepada seluruh pegawai, anggota dan kakitangan yang hadir bagi Tahun Baharu yang akan kita lalui pada Tahun 2025 ini.
Dalam majlis ini, Pengarah telah menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Pegawai Bomba dan Pasukan Bomba Sukarela yang telah memberikan khidmat bakti kepada JBPM Negeri Selangor.
Turut juga menyempurnakan Pemakaian tanda pangkat kepada 4 Pegawai yang telah dinaikkan pangkat ke Timbalan Penguasa Bomba II (Gred KB7).
Penyampaian Geran Padanan PERSKEB Selangor, Geran Pasukan Bomba Sukarela dan Penyerahan Peralatan Operasi kepada Pasukan Bomba Sukarela
Disampaikan sumbangan kebajikan daripada Persatuan kebajikan JBPM dalam membantu ahlinya yang terkesan bagi meringankan beban kewangan mereka.
Dalam majlis yang sama Pengarah juga telah menerima sumbangan wakaf daripada BSN yang disampaikan oleh Pengarah Bank Simpanan Nasional Negeri Selangor bagi pembinaan surau.
Turut diadakan program kerjasama dengan Hospital Pakar An-Nur bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pegawai, anggota dan kakitangan JBPM Negeri Selangor.




