BUKIT JELUTONG, 10 Ogos 2023 – Jabatan melalui PERSKEB JBPM Negeri Selangor adakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen sempena kejohanan SUKBOM 2023 Negeri Johor kepada Ketua Kontinjen BOMBA Selangor yang akan ke SUKBOM 2023. MAJLIS penyerahan disempurnakan oleh YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor Merangkap Yang Dipertua Persatuan Sukan,Kebajikan dan Kebudayaan (PERSKEB)
Mendoakan semoga Kontinjen Selangor akan beroleh kemenangan yang cemerlang di kejohanan SUKBOM 2023 nanti.
Turut hadir YBhg. PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah, Penolong-penolong Pengarah Bahagian dan Ahli Jawatankuasa PERSKEB Selangor bagi menjayakan majlis yang diadakan ini. turut memeriahkan majlis persembahan Khas dari Pasukan Ultras bagi menaikkan semangat juang Kontinjen Selangor.
Tahniah dan syabas !!
“Ayuh… Ayuh… Selangorku”