BUKIT JELUTONG, 24 Julai 2024 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor menyempurnakan majlis ringkas penyerahan Bendera Selangor dan baju pasukan kepada Pengurus Rugbi Bomba Selangor bagi menyertai kejohanan yang akan bermula 27 dan 28 Julai 2024 di Stadium Ragbi, Tengku Muhammad Ismail, Gong Badak, Terengganu.
Pengarah juga turut memberikan ucapan dan amanat serta kata-kata semangat buat pasukan sebelum mereka hadir melapor diri ke tempat Penginapan di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur, Terengganu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi juga turut hadir mengiringi Pengarah pada majlis tersebut dan bergambar bersama-sama pasukan.