NILAI, 26 Jun 2023 – YS Pengarah JBPM Negeri Selangor bersama dua orang pegawai kanan telah menghadiri Majlis Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan Siswa, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Majlis pentauliahan ini telah diadakan di USIM, Nilai, Negeri Sembilan.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Majlis dimulakan dengan Perbarisan Tamat Latihan yang diadakan di Dataran Bangunan Canselori USIM diikuti dengan Majlis Penyampaian Sijil Tauliah di Dewan Kolej Genius Insan, USIM.