10 Ogos 2022 (Rabu) – Majlis Pentauliahan Pasukan Khas Multiskill (Must Team) JBPM Negeri Selangor telah diadakan di Pantai Acheh, Pulau Indah Klang yang disempurnakan oleh YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj Mat Yasin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JBPM. Turut hadir sama Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat dan Pengarah Bahagian Udara, JBPM.Seramai 46 orang pegawai bomba JBPM Selangor pelbagai pangkat telah ditauliahkan Pasukan Khas Multiskill (Must Team) dengan jayanya. Majlis turut mengadakan penyampaian sumbangan aset oleh Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia kepada Pengarah, JBPM Negeri Selangor, YS PKPjB Norazam bin Khamis. Antara aset yang disumbangkan adalah 5 Unit Bodycam, 5 Inflatable Boat, 2 Unit Motorcross. Sekalung Penghargaan dan terima kasih kepada UncleKentang Kuan Chee Heng dan team diatas sokongan padu yang diberikan kepada JBPM Negeri Selangor.JBPM Negeri Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Bhg Operasi Kebombaan dan Penyelamat dan Pengarah Bahagian Udara di atas kerjasama dalam menjayakan kursus dan majlis ini. Tahniah kepada semua peserta Must Team siri 1 tahun 2022.

