Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat JBPM dan Pentauliahan Brigred Bomba Politeknik Malaysia 2022 telah diadakan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor dengan jayanya. Mendahului penerima pingat kehormat JBPM adalah YBrs, Ts. Zainab binti Ahmad, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti dan Pengarah2 Politeknik Negeri yang disempurnakan oleh YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid. Ketua Pengarah JBPM. Seterusnya Majlis Pentauliahan Briged Bomba kepada 5 Politeknik lain2 negeri dengan keahlian seramai 115 orang. JBPM Negeri Selangor mengucapkan jutaan terima kasih Bahagian Latihan dan Bahagian Pengurusan Korporat JBPM di atas kerjasama yg diberikan sepanjang majlis berlangsung.

