Shah Alam, 25 Ogos 2023 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor bersama-sama Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan hadir ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari Kebangsaan kali ke-66 peringkat Negeri Selangor tahun 2023M/1445H bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Turut hadir 40 orang Pegawai Bomba sebagai wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor iaitu YBhg. PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah Bahagian, Pegawai-pegawai Kanan dari Ibu Pejabat, dan Pegawai Kanan Pejabat Zon serta Ketua-ketua Balai bagi mengimarahkan majlis yang diadakan.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan berangkat ke majlis tersebut dan menunaikan Solat Jumaat bersama-sama para jemaah yang hadir serta mendengar Khutbah Khas sempena Hari Kebangsaan Kali Ke-66 pada tahun ini.