SHAH ALAM, 27 Januari 2025 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor hadir ke Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor Bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz.
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu dan Bacaan Doa Serta lafaz Ikrar Rukun Negara dari Penjawat Awam Peringkat Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
YAB Dato’ Menteri Besar Selangor menyampaikan amanatnya bagi tahun 2025 kepada semua penjawat awam Negeri Selangor untuk bersama-sama berganding bahu bagi memastikan kecemerlangan Negeri Selangor terus dipertingkatkan serta maju jaya.
Wan Md Razali
Amirudin Shari
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor




