13 Jun 2025, Istana Alam Shah – Latihan ERT dan Pengungsian bangunan telah dijalankan selama 3 hari bermula 11 Jun 2025 hingga 13 Jun 2025 melibatkan Teori, Praktikal dan berakhir dengan Latihan Pengungsian Bangunan di Istana Alam Shah, Klang.
Program dijalankan bersama Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana (PKKI) dan dikendalikan oleh Cawangan Program Kesedaran dan keselamatan Awam serta Balai Bomba dan Penyelamat Klang Selatan.
Turut Hadir menyampaikan ceramah adalah Ketua Cawangan Program kesedaran dan keselamatan awam (KKA) PgB Mohd Azlan bin Mohd Radzali, Pegawai-pegawai Cawangan KKA dan Ketua Balai bersama Pegawai Balai bomba dan Penyelamat Klang Selatan.
Turut Hadir bersama-sama dalam pengungsian bangunan adalah Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Tuan Fahrin bin Asmawi dan Pegawai-pegawai Istana Alam Shah, Klang.




