8 September 2022 – Majlis Perasmian Penutup Kursus Kepimpinan Pegawai Bomba Wanita dan PERISMA Selangor telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Nor Latifah binti Jaafar, Naib Yang Dipertua PERISMA Kebangsaan dengan jayanya. Program ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama diantara ahli PERISMA Selangor serta menghormati antara satu sama lain. Kursus ini diadakan selama 3 hari 2 malam di Huda Heaven, Batang Kali bermula pada 6 sehingga 8 September 2022. Jabatan ini dan PERISMA Negeri Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jurulatih Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Tengah KKB diatas kerjasama yang diberikan sepanjang kursus ini berlangsung dan tahniah kepada semua peserta kursus yang terlibat dalam menjayakan program. Semoga PERISMA Selangor terus memberikan inspirasi kepada suri Bomba.
