BUKIT JELUTONG, 22 April 2024 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, JBPM Negeri Selangor menerima kunjungan hormat dari YBhg. Ir. Dr. Mohammed Ridzuan bin Jahidin, Pengarah Wilayah Tengah, Lembaga Lebuhraya Malaysia, (LLM) yang diadakan di Pejabat, YS Pengarah.
Dalam perjumpaan tersebut YS Pengarah turut membincangkan berkaitan kerjasama strategik bersama pihak berkaitan keselamatan dijalanraya, termasuk latihan kebakaran, prosedur pemindahan, garis panduan dan perkara yang berkaitan dengannya.
Sebelum berakhir YS Pengarah turut menyampaikan cenderahati Jabatan kepada YBhg. Ir. Dr. Mohammed Ridzuan bin Jahidin, Pengarah Wilayah Tengah, Lembaga Lebuhraya Malaysia, (LLM) dan bergambar bersama-sama.