Bukit Jelutong, 8 Januari 2025 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor menerima kunjungan hormat Tuan Zukelfi bin Mohd bersama Mohd Zamani bin Ibrahim dan Puan Noorasikin Salleh daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM) Selangor ke Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor.
Sesi perjumpaan dan taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Dahlia, Tingkat 1.
Kunjungan Hormat RTM Selangor merupakan ini merupakan salah satu program rasmi sebagai rakan strategik bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor.
Penganjuran program hebahan dan kempen kesedaran keselamatan kebakaran kepada masyarakat awam khususnya Negeri Selangor mengikut musim perayaan dan program jabatan antara perkara yang dibincangkan pada kunjungan kali ini.
Turut hadir PgKB I Norizham bin Mohd Nudin, Penolong Pegarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Negeri Selangor, PgKB II Mohd Adzwa bin Mohd Salleh, Penolong Pengarah Bahagian Latihan dan wakil Bahagian Operasi serta Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Selangor.
Sebelum berakhir sesi kunjungan hormat Tuan Zukelfi bin Mohd Pengarah RTM Selangor menandatangai buku lawatan dan bergambar kenangan bersama Pengarah JBPM Negeri Selangor dan pegawai yang terlibat.