BUKIT JELUTONG, 6 Oktober 2023 – Bertempat di Bilik Mesyuarat Orkid, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor telah diadakan Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Selangor ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor.
YS Pengarah menyambut baik kehadiran YBhg. Tuan A’ssri bin Haji Ramli, Pengarah CGSO dan Tuan Muhammad Izham bin Yazin, Timbalan Pengarah II bersama Pegawai Kanan CGSO Negeri Selangor.
Kunjungan Hormat diadakan bagi membincangkan berkaitan kerjasama strategik bersama pihak Ketua Pegawai Keselamatan CGSO berkaitan keselamatan dan perlindungan bangunan, termasuk latihan kebakaran, prosedur dan perkara yang berkaitan dengannya. Turut hadir adalah Penolong-penolong Pengarah Bahagian, Pegawai Keselamatan Jabatan dan Pegawai Bahagian Operasi Negeri.
YBhg. Tuan A’ssri bin Haji Ramli, Pengarah dan Tuan Muhammad Izham bin Yazin, Timbalan Pengarah II CGSO menandatangani buku pelawat dan bergamgar bersama Pengurusan Tertinggi JBPM Negeri Selangor.
