WhatsApp Image 2024 04 01 at 3.42.07 PM

KUNJUNGAN HORMAT DARI LEMBAGA TABUNG HAJI

BUKIT JELUTONG, 27 Mac 2024 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, JBPM Negeri Selangor menerima kunjungan hormat dari Lembaga Tabung Haji Negeri Selangor bertempat di Bilik Mesyuarat Dahlia, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor.

Dalam perjumpaan tersebut YS Pengarah turut membincangkan berkaitan kerjasama strategik bersama pihak Lembaga Tabung Haji berkaitan keselamatan Kebakaran, termasuk latihan kebakaran dan penyelamatan dan garis panduan kecemasan termasuk langkah-langkah keselamatan serta perkara yang berkaitan dengannya.

Sebelum berakhir YS Pengarah turut menyampaikan cenderahati Jabatan kepada Tuan Haji Khairul A’zihar bin Rapar, Pengarah, Lembaga Tabung Haji Wilayah Tengah bersama Puan Hajah Zurita binti Ahmad Raffie, Pengarah, Lembaga Tabung Haji Negeri Selangor dan Tuan Mohd Shahiril Yazam binti Mohd Yusof, Pengurus Cawangan Shah Alam serta bergambar kenangan bersama-sama.

English EN Malay MS
Skip to content