Bukit Jelutong, 21 Jun 2024 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor menerima Kunjung Hormat Pengarah, Utechtium Sdn. Bhd di bawah kelolaan UiTM Shah Alam bertempat di Bilik Mensyuarat Dahlia, Ibu Pejabat, JBPM Negeri Selangor.
Dalam perjumpaan tersebut YS Pengarah turut membincangkan berkaitan kerjasama strategik berkaitan keselamatan Kebakaran, termasuk latihan kebakaran dan penyelamatan serta garis panduan kecemasan termasuk langkah-langkah keselamatan serta perkara yang berkaitan dengannya.
Sebelum berakhir YS Pengarah turut menyampaikan cenderahati Jabatan kepada Pengarah Utechtium Sdn. Bhd dan bergambar kenangan bersama-sama.