KLANG, 4 September 2024 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor hadir ke Pejabat Dearah dan Tanah Klang bagi Program Kunjung Hormat ke atas YBrs. Tuan Amri bin Ismail, Pegawai Daerah dan Tanah Klang bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pegawai Daerah, Tingkat 2, Klang, Selangor.
Turut hadir PgB Mohd Nazrullah bin Abdul Aziz, Pegawai Perhubungan Awam, PKPgB Mohd Zulhilmi bin Mohd Ridzuan, Pegawai Pembangunan JBPM Negeri Selangor.
Kunjung Hormat ini bagi bertukar-tukar pandangan bersama rakan strategik berkaitan dengan JBPM Selangor bagi pemantauan tapak tanah Balai Bomba di Daerah Klang, Selangor antara perkara yang dibincangkan.