29 November 2022 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan Kejohanan Bola Tampar Piala Pusingan YS Pengarah JBPM Negeri Selangor selama 2 hari ditempatkan di Dewan Bakawali Ibu Pejabat serta Engine Bay BBP Kota Anggerik dimeriahkan dengan penyertaan 38 Pasukan Kategori Terbuka dari wakil semua balai dan 8 Pasukan Kategori Pegawai Kanan dari semua zon. Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh YS PKPjB Norazam bin Khamis Pengarah JBPM Negeri Selangor dan turut menyampaikan Hadiah serta Piala Pusingan kepada pemenang kejohanan tersebut.
Kategori Terbuka :-
Johan – BBP Kota Anggerik
N/Johan – Ibu Pejabat
Ketiga – BBP Shah Alam
Keempat – BBP Andalas
Kategori Pegawai Kanan :-
Johan – Zon 7
N/johan – Zon 2
Ketiga – Zon 3