12 Jun 2025 – Shah Alam
Kejohanan Bola Sepak Piala YS Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor tahun 2025 telah diadakan bertempat di Radia Arena Bukit Jelutong, Shah Alam. Kejohanan ini telah disertai oleh 8 kumpulan yang terdiri daripada 7 pasukan dari Zon-Zon JBPM Negeri Selangor dan 1 pasukan daripada Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor. Kejohanan ini diadakan bagi mencari bakat baharu bagi mewakili JBPM Negeri Selangor di SUKBOM 2025 yang akan berlangsung di Negeri Pahang. Selain itu juga kejohanan ini juga dapat mengukur tahap kecergasan pegawai pegawai di JBPM Negeri Selangor.





Sekitar sesi perlawanan Kejohanan Bola Sepak Piala YS Pengarah JBPM Negeri Selangor








