Tiga pasukan yang mewakili JBPM Negeri Selangor telah melakar sejarah tersendiri apabila setiap pasukan membawa pulang hadiah kemenangan bersempena Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (HIKPKT) Tahun 2024.
Sambutan HIKPKT 2024 yang bertemakan “Aspirasi Inovasi Memacu MADANI” merupakan acara tahunan yang menghimpunkan penciptaan inovasi-inovasi terbaharu hasil kreativiti warga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Tiga kejayaan yang diperoleh oleh JBPM Negeri Selangor adalah seperti berikut :
ANUGERAH INOVASI MENTERI
NAIB JOHAN – KUMPULAN FRIST BBP PUCHONG
ANUGERAH KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF
TEMPAT KETIGA – KUMPULAN UTARA BBP KLANG UTARA
JOHAN PAMERAN TERBAIK – KUMPULAN EPIC BBP PUCHONG
YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor hadir ke majlis penyampaian hadiah dan memberikan sokongan penuh kepada ketiga-tiga pasukan yang bertanding.
Sebagai makluman, sebanyak lapan kategori Pertandingan Inovasi KPKT telah dipertandingkan seperti Anugerah Inovasi Menteri (AIM), Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Anugerah Persembahan Terbaik (KIK), Anugerah Dokumentasi Terbaik (KIK), Pertandingan Pameran Terbaik, Anugerah Inovasi Harapan, Pertandingan Mencipta Logo Inovasi KPKT dan Pertandingan Mencipta Tagline Inovasi KPKT.
Sebanyak 53 penyertaan telah diterima untuk tahun 2024 berbanding 25 penyertaan tahun lalu. Daripada jumlah itu, 16 penyertaan diterima untuk pertandingan AIM dan 37 merupakan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang menyertai Pertandingan Inovatif dan Kreatif.
Projek-projek inovasi ini adalah daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), PR1MA dan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).