SHAH ALAM 25 Mei 2024 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Landskap Negara Tahun 2024.
Bertempat di Taman Tasik Shah Alam, dengan mengangkat tema Industri Landskap Pemacu Pembangunan Madani, Hari Landskap Negara 2024 bermula 24 Mei 2024 sehingga 02 Jun 2024.
YAS Dato Ts Nor Hisham bin Mohammad Ketua Pengarah JBPM dan YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail Pengarah JBPM Negeri Selangor telah hadir memeriahkan aturcara majlis.
JBPM Negeri Selangor turut membuka reruai pameran bersempena HLN 2024 dan terlibat sebagai pasukan pertunjukan yang akan mempersembahkan beberapa pertunjukan sepanjang Hari Landskap Negara berlangsung.
Sambutan HLN 2024 ini adalah selari dengan hasrat YB Menteri KPKT untuk melihat Jabatan memperkasakan usaha-usaha bagi memperkukuhkan jaringan kerjasama bagi meningkatkan peranan penggiat industri landskap negara.