28 September 2025 ~
DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat menziarah jenazah bonda mertua Baginda, Allahyarham Hajah Esah Binti Tahar di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Allahyarham Hajah Esah menghembuskan nafas terakhir jam 5.15 pagi, 28 September 2025 di sebuah hospital pakar di Damansara kerana sakit tua.
Jenazah Allahyarham disemadikan di Makam Diraja Shah Alam bersebelahan pusara suami, Allahyarham Haji Abdul Rahman bin Baba yang meninggal dunia pada tahun 2021.
YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor, Ketua Zon 1 Shah Alam dan pegawai-pegawai BBP Shah Alam turut hadir.

