508102678 1101424285349984 1151898472257411645 n

BOMBA ZON 7 SELANGOR GEMILANG DI KEJOHANAN SUKAN AGENSI KERAJAAN DAERAH SABAK BERNAM

SABAK BERNAM, 14 Jun 2025 – Bomba Zon 7 Selangor Utara telah melakar kejayaan yang cemerlang di Kejohanan Sukan Agensi Kerajaan Daerah Sabak Bernam (KESAS).

Terdapat 10 agensi kerajaan terlibat menjayakan Sukan tersebut yang dilangsungkn selama 2 hari iaitu pada 13-14 Jun 2025 bertempat di MRSM Sungai Panjang Sungai Besar, Selangor.

Sempena Pertandingan kejohanan sukan agensi tersebut Bomba Zon 7 telah menghantar atlet-atlet bagi menyertai kesemua acara yang dipertandingkan dan berjaya memenangi beberapa acara dengan kutipan 1 emas, 1perak dan 5 gangsa antaranya ialah :

1. Bola tampar terbuka lelaki- Juara🥇

2. Petanque bagi kategori Vip – Perak🥈

3. Dart berpasukan – Perak.🥈

4. Ping Pong bagi kategori beregu lelaki (veteran)- gangsa 🥉

5. Badminton beregu perempuan (terbuka)-gangsa🥉

6. Petanque bagi kategori wanita – gangsa🥉

7. Bola jaring- gangsa🥉

8. Sepak takraw -gangsa🥉

ms_MYMalay