SHAH ALAM, 22 Julai 2024 – Dalam menyampaikan maklumat berkaitan JBPM terutama Bahagian Penyiasatan Kebakaran kepada masyarakat terutama pelajar-pelajar UiTM, PgB Mohd Shukri bin Husin, Pegawai Bahagian Penyiasatan Kebakaran, JBPM Negeri Selangor telah bersiaran secara langsung menerusi radio kampus UFM di frekuensi 93.6 MHz (Lembah Klang).
Antara topik yang telah dibincangkan adalah peranan pegawai penyiasat kebakaran dalam menentukan punca kebakaran, kuasa yang ada pada pegawai penyiasat kebakaran serta cabaran sewaktu mengendalikan kes.
Tuan Shukri yang merupakan Alumni UiTM juga turut berkongsi tip kepada para pelajar UiTM untuk memohon jawatan sebagai penjawat awam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Bomba Bahagian Korporat
UFM Uitm Radio