SHAH ALAM 29 April 2024 – Dalam menyampaikan maklumat berkaitan Kerjaya Bomba kepada masyarakat terutama pelajar-pelajar UiTM, PKPgB Muhammad Azizulhakim bin Idris, Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Puchong telah bersiaran secara langsung menerusi radio kampus UFM di frekuensi 93.6 MHz (Lembah Klang).
Antara topik yang telah dibincangkan adalah tatacara permohonan melalui SISTEM PENDAFTARAN PEKERJAAN SURUHANJYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (SPA9), peringkat-peringkat tapisan seperti Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera, Proses Temuduga, PPIB dan Ujian Psikometrik. Tuan Azizulhakim turut berkongsi tip-tip bagi menghadapi ujian fizikal serta kerjaya sebenar Pegawai Bomba.
Balai Bomba dan Penyelamat Puchong
UFM Uitm Radio