KUALA SELANGOR, 7 September 2023 – Bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan September 2023 yang disempurnakan oleh YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor.
Majlis Dimulakan dengan Ketibaan YBhg. PPjB Nor Arifin bin Kamari, Timbalan Pengarah menerima Tabik Hormat diikuti ketibaan YS Pengarah seterusnya menerima Tabik Hormat.
Selepas nyanyian 3 buah lagu, YS Pengarah membuat pemeriksaan Perbarisan Kehormat 36 pegawai lain-lain pangkat yang diketuai oleh Ketua Balai BBP Sungai Besar.
YS Pengarah dan Timbalan Pengarah turut menyempurnakan pemakaian tanda pangkat kepada 4 pegawai bomba yang baharu dinaikkan pangkat ke Gred KB22 serta Penyampaian Sijil Penghargaan di atas jasa dan sumbangan bakti kepada 5 individu yang membantu jabatan semasa operasi nahas pesawat ringan terhempas di Elmina pada 17 Ogos 2023 yang lalu. YS Pengarah turut menyempurnakan sesi penanaman pokok.
Majlis Perhimpunan Bulanan kali ini diakhiri dengan sesi dialog bersama pegawai dan anggota serta kakitangan dibawah jagaan Zon 7 Selangor Selatan.
Wan Md Razali Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Selangor