


Kuching, 14 April 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah JBPM Negeri Sarawak menerima kunjungan hormat daripada Cr. Chai Kim Sin, Pengerusi REDS bertempat di pejabatnya petang tadi.
Terdahulu, YS Pengarah telah mendengar taklimat daripada Setiausaha REDS berkenaan dengan aktiviti dan program REDS bersama Bomba sepanjang 6 tahun. Beliau kemudiannya turut mencuba peralatan komunikasi yang digunapakai semasa berlaku bencana.
Hadir sama ialah PgKB I Alimadia bin Bukri, Penolong Pengarah Operasi, Captain Zainudin Tan Sri Hamdan, Timbalan Pengerusi REDS dan Prof Dr. Hj. Wan Azlan Wan Zainal.