kun9 kun8 kun7 kun6 kun5 kun4 kun3 kun2 kun15 kun14 kun13 kun12 kun11 kun10 kun1
YS Pengarah Menerima Kunjungan Hormat Pengarah Urusan ari Ketua Pegawai Eksekutif Asean Bintulu Fertilizer (ABFSB)
Kuching, 29 Februari 2024
YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menerima Kunjungan Hormat daripada Encik Lawai Jok, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ABFSB di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak pagi ini.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua agensi ini telah membincangkan kerjasama yang akan dijalankan pada masa hadapan. Ianya turut merangkumi keperluan latihan kepada pasukan ERT ABFSB.
Selain itu turut diadakan penyerahan Fire Certificate (F.C) kepada ABFSB yang diserahkan oleh YS Pengarah kepada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif nya.
Rombongan ABFSB juga telah dibawa melawat galeri di Ibu Pejabat dan Makmal Forensik. Hadir sama ialah PgKB I Mohamad Fauzi Hj Moht Kifli, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran dan PgKB I Ahmad Nizam bin Sapaee, Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran.